Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

Profil Sekolah

PROFIL 
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
TAHUN 2012
 DISEDIAKAN OLEH : UNIT DOKUMENTASI & PROFIL SEKOLAH

1.    PENGENALAN : SEJARAH SEKOLAH
2.    VISI
3.    MISI
4.    FALSAFAH SEKOLAH
5.    MOTTO
6.    COGAN KATA
7.    PIAGAM PELANGGAN
8.    KURSUS YANG DITAWARKAN
9.    STATISTIK GURU & PELAJAR
10. MAKLUMAT KEMUDAHAN / FASILITI SEKOLAH
11. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI 
12.  ORGANISASI PENTADBIRAN


1.0       SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Teknik Kuantan pada asalnya dikenali sebagai Technical Institute .Ia merupakan antara Sembilan buah sekolah MenengahTeknik yang terawal ditubuhkan yang pada mulanya menggunakan pengantaraan Bahasa Inggeris dalam proses  Pengajaran dan Pembelajarannya. Sekolah ini merupakan sekolah teknik yang terbesar dengan memakan belanja sebanyak RM4 juta. Dimulakan pada tahun 1966 di atas tanah seluas 4.5 hektar. Pembukaannya secara rasmi dilakukan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, iaitu YB Encik Mohd Khir Johari pada Oktober 1967.Ia adalah sebuah sekolah yang diletakkan dibawah pentadbiran Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementeriaan Pendidikan Malaysia.

Dimulakan dengan  pelajar seramai 63 orang dalam kursus Elektrik, 57 dalam kursus Seni Bangunan, 57 orang dalam kursus Mekanik, 28 orang dalam kursus Seni Bangunan, 17 orang dalam kursus Perdagangan dan 25 orang orang dalam kelas Peralihan. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah 22 orang. Pengambilan pelajar pada ketika itu adalah pelajar yang mendapat kelulusan penuh di dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan mendapat kepujian dalam Ilmu Hisab dan Sains .Pelajar dikehendaki menjalani kursus yang ditawarkan selama 2 tahun sebelum mengambil peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut dan Sijil Pelajaran Malaysia.


Pengetua yang pertama sekolah ini adalah En.Wahidullah Khan yang mula bertugas sejak Januari 1966. Prasarana pada awal penubuhannya hanya  terdiri daripada sebuah bangunan kelas 3 tingkat, sebuah bangunan kelas 2 tingkat, sebuah bangunan makmal sains 1 tingkat, sebuah kantin, sebuah bengkel kejuruteraan, sebuah dewan perhimpunan, sebuah bangunan asrama putera 3 tingkat dan sebuah bangunan asrama 2 tingkat.

Tujuan utama penubuhan Sekolah MenengahTeknik Kuantan adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. Semenjak penubuhannya sehingga hari ini,  SMT Kuantan telah banyak melahirkan ahli teknokrat, jurutera, akauntan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di seluruh negara. 


2.0  VISI
SMT KUANTAN PENJANA TRANSFORMASI
INSAN BERTEKNOLOGI TINGGI


3.0  MISI
MENYEDIAKAN ASAS PENDIDIKAN TEKNIKAL
YANG BERKUALITI DALAM MELAHIRKAN
 MODAL INSAN KELAS PERTAMA SELARAS DENGAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
 DAN ASPIRASI NEGARA

4.0  FALSAFAH SEKOLAH
SUATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENYEBARKAN
ILMU BERMANFAAT, MEMBINA SAHSIAH YANG BERKEUPAYAAN DAN BERTANGGUNGJAWAB
 KEPADA DIRI SENDIRI, SESAMA MANUSIA DAN SEMUA MAKHLUK BERLANDASKAN KETAATAN KEPADATUHAN
 BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN UMMAH
DI DUNIA DAN AKHIRAT



5.0  MOTTO
THE FUTURE PROFESSIONALS START HERE
6.0  COGAN KATA
“ BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK”

7.0  PIAGAM PELANGGAN

Sekolah Menengah Teknik Kuantan wujud untuk memberi kemudahan perkembangan potensi pelajar ke tahap optimum dalam bidang kurikulum, kokurikulum, bina insan / disiplin berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara dan Pengisian Wawasan 2020.


10.0 MAKLUMAT KEMUDAHAN &
 FASILITI SEKOLAH

Sekolah Menengah Teknik Kuantan (SMTK) telah mengalami pelbagai perubahan dari segi infrastruktur dan kemudahannya. Perubahan ini sedikit sebanyak menyumbang dalam mencapai objektif utama sekolah ini iaitu mencapai kecemerlangan dan peningkatan dalam akademik, kurikulum, kokurikulum serta pembinaan sahsiah. Bagi mencapai objektif tersebut, pelbagai program dan aktiviti dirancang serta dilaksanakan untuk merealisasikan potensi pelajar ke arah kecemerlangan.
Untuk merealisasikan hasrat ini juga, SMTK akan memastikan kualiti pendidikan di sekolah ini berada pada tahap tinggi, supaya masyarakat yakin dengan mutu perkhidmatan sekolah.Oleh itu, SMTK telah membudayakan konsep 5S dalam pengurusan tempat kerja terutama bengkel dan pejabat kerana persekitaran yang baik mampu menjadi dorongan dan motivasi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
                                                                                                                

11.0           MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH     :  SEK. MEN. TEKNIK    KUANTAN
        JALAN TENGKU MUHAMAD
         25150 KUANTAN
        PAHANG DARUL MAKMUR

NO. TELEFON                     :     09-5601442

NO. FAX                               :      09-5662420


ALAMAT E-MAIL                    :

LAMAN WEB                        : e-smtkn.blogspot.com