Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

11 Mac, 2013

Mesyuarat Pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Untuk Kakitangan BPTV

Tarikh       :  8 Mac 2013
Tempat     : SM Teknik Kuantan
Pengerusi  : Yang Berbahagia Tuan Haji Tajudin Bin Jab
                  Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
                  Kementerian Pelajaran Malaysia






Page facebook rasmi SMT Kuantan

Perhatian kepada semua pelawat e-smtkn, atas permintaan pihak kementerian SM Teknik Kuantan telah memulakan laman Page facebook rasmi SMT Kuantan. Mengikut perancangan sekarang, laman page rasmi ini akan lebih berfokuskan kepada gambar dan juga makluman ringkas.

Pengguna twitter yang telah mengikuti twitter sekolah juga disarankan untuk memeriksa semula kerana pada awal tahun 2013 pihak kami telah mengubah nama ID twitter sekolah kepada e_smtkuantan dan page Facebook, Twitter dan Blogspot ini telah dipautkan bersama supaya maklumat boleh disampaikan dengan lebih lancar.

Harap maklum

https://twitter.com/e_smtkuantan
https://www.facebook.com/SMTeknikkuantan

Latihan Persediaan Perkemahan Bersepadu 2013

Pada 10 Mac 2013, satu latihan untuk menempuh Perkemahan Bersepadu 2013 telah diadakan. Latihan yang dibuat pada hari tersebut adalah untuk mempelajari cara untuk membaca Kompas dan cara-cara untuk memasak nasi dengan menggunakan Mesteen.

Cikgu Azri dan Pak Tam (jurulatih)

Encik Fahmi menunjukkan cara menjaga dapur kayu

Pelajar berkumpul

Hasil nasi yang dimasak