Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

29 November, 2012

Semakan Senarai Nama Pelajar Asrama 2013

Berikut adalah senarai nama pelajar yang diterima untuk menghuni asrama pada tahun 2013

Senarai Nama Pelajar Lelaki - klik sini 

Senarai Nama Pelajar Perempuan - klik sini

Senarai Nama Pelajar yang Tidak Diterima ke Asrama 2013, Lelaki dan Perempuan - klik sini

Diharap semua pelajar mengambil perhatian terhadap nama masing masing. Bagi senarai pelajar yang ditolak, permohonan rayuan boleh dibuat seminggu selepas hari persekolahan melalui Tuan Pengetua. 

Pendaftaran asrama adalah pada 1hb Januari 2013 (Selasa)bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang di bilik Warden, bersama penjaga masing-masing. 

Manakala hari persekolahan ialah 2hb Januari 2013 (Rabu). 

Pada hari pendaftaran pelajar diwajibkan membeli buku panduan dan catatan harian asrama di kaunter yang ditetapkan.

*ralat : ahli dorm i1, i2 dan L sudah dikemaskini (11.08 pagi 29/11/2012)
*ralat #2 : ahli dorm W dikemaskini ( 5.02 Petang 29/11/2012 ) 

14 November, 2012

JADUAL WAKTU KELAS SENTUHAN AKHIR

Disini disediakan jadual waktu untuk kelas sentuhan akhir bagi pelajar tingkatan 5 yang mendudukan peperiksaan. Harap maklum kepada para pelajar dan ibu bapa.

Klil pada gambar untuk size yang sebenar

05 November, 2012

Permohonan Asrama Sesi 2013

Pihak Pengurusan Asrama telah mengeluarkan borang permohonan asrama pada 29 Oktober 2012 kepada pelajar tingkatan 6 bawah dan tingkatan 4. Kemasukan asrama pada kali ini akan melalui proses yang agak ketat bagi menjamin kualiti pelajar yang menginap. Keputusan permohonan akan disiarkan di laman ini pada awal Disember 2012.

Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan pengurusan asrama.

04 November, 2012

Rombongan Asrama ke Penjara Penor




Pada 4hb november 2012 pihak asrama telah mengadakan lawatan ke penjara Penor. Seramai 47 ahli rombongan bertolak dengan bas dan kereta dari pukul 8.30 pagi dan disambut oleh En Suhaimi dan En Hamizan untuk membantu sepanjang lawatan tersebut. Pelbagai tempat telah dilawati dan pelbagai maklumat baru telah diterima. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Antara aktiviti yang dilalui adalah: 1. Taklimat tatacara lawatan pelawat 2. Melawat bilik lawatan 3. Berbual dengan penghuni Penjara Penor 4. Taklimat mengenai Penjara Malaysia dan Slideshow mengenai Penjara Penor Atas ciri-ciri keselamatan, terdapat banyak tempat yang tidak boleh diambil gambar akan tetapi kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat dan melihat sendiri keadaan di Penjara Penor.





01 November, 2012

Karnival Sukan Asrama 2012

Tarikh : 30.10 - 1.11. 2012
Acara yang dipertandingkan
1. Gusti lengan
2. Catur
3. Carom
4. Tarik Tali
5. Bola Jaring
6. Timbang bola sepak raga