Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

20 Oktober, 2012

Delegasi Asrama Ke FVOP Tanjung Gelang, Pelabuhan

Pada 19.10.2012, Delegasi asrama yang diketuai oleh En. Fahdeli, En. Nur Khalis, Empat Guru Pelatih dan 55 orang pelajar telah mengadakan lawatan ke Felda Vegetable Oil Product bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang industri pemprosesan. Setinggi penghargaan ditujukan kepada pihak FVOP kerana menerima delegasi asrama dengan tangan terbuka. Semoga lawatan ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

19 Oktober, 2012

'Abang - Abang Long Turun Padang'

SMT Kuantan dikejutkan dengan serbuan abang-abang long bagi membantu membakar semangat adik-adik mereka dalam menghadapi SPM dan STPM 2012. Abang-abang long yang dimaksud tersebut ialah bekas-bekas pelajar SMT Kuantan atau TIOSA.


Semoga suntikan semangat yang diberikan kepada calon-calon SPM dan STPM terus membara sampai bila-bila.

Lawatan Para Pelajar Berjawatan Khas


Lawatan Pengawas Sekolah ke Melaka
28 - 29 September 2012

Lawatan Majlis Perwakilan Asrama ke Cameron Highlands
5 - 7 Oktober 2012

Objektif utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan berguna kepada pelajar-pelajar berkaitan tenpat-tempat pelancongan dan menghargai sumbangan mereka kepada sekolah.