Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

23 April, 2012

Maklumat Peperiksaan

Maklumat mengenai peperiksaan pertengahan tahun sudah diedit pada kalendar takwim sekolah (Rev 1.5 )

Harap Maklum

22 April, 2012

Perubahan Takwim Sekolah Rev 1.4

Rev 1.4 :
- Pada 11-12 May ditambah, Pertandingan Robotik
- Pada 25-28 May ditambah, Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan
- Pada 5-7 May ditambah, gotong royong perdana Asrama.
- Pada 11 May ditambah, Balik Kampung Pilihan (ASRAMA)
- Pada 22-27 April ditambah, Program Pertukaran Pelajar SMT Kuantan & SMT Terengganu

Harap Maklum

20 April, 2012

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah



Pengurusan Asrama dan Bidang Kemanusiaan telah mengadakan Kursus Jenazah pada 14 April 2012. Semoga kursus ini memberi input yang berguna kepada para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada guru yang hadir dan penceramah yang sudi menyampaikan ilmu teori dan praktikal.

19 April, 2012

Program Pertukaran Pelajar



Program Pertukaran Pelajar SMT Kuantan - SMT Terengganu. 22-27 Mei 2012 melibatkan pelajar aliran pengurusan. Seramai 22 orang Pelajar 5P1, 3 orang pelajar Pengurusan 5 Bestari, 1 orang pelajar 5P2 akan ke SMT Terengganu

Program Tomorrow's Leader

Program Tomorrow's Leader anjuran JK Pusat Sumber dan koperasi pada 4-5 Mei 2012 di Duta Village, Sg Karang Kuantan. Pelajar seramai 38 orang yang terdiri daripada 30 pengawas Pusat Sumber dan 8 orang pengawas koperasi. Kursus ini akan dikendalikan oleh fasilitator negeri Pahang (pegawai AADK Bera) En Mohd Fadzil bin Mohamad.

Jika ada pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Sahrulzana Yaacob ( Guru Pusat Sumber )

07 April, 2012

Majlis Konsolidasi Transformasi Vokasional


Pada 7hb April 2012, Majlis Konsolidasi Transformasi Vokasional telah diadakan di SMV Muadzam Shah. Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk menjelaskan kepada semua warga teknik dan vokasional tentang arah tuju BPTV dengan perubahan transformasi Kolej Vokasional. Dengan penjelasan yang telah diberikan pada hari tersebut diharap semua pihak sekarang sudah jelas tentang visi dan misi kita yang terbaru sekarang.