Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

23 Mac, 2012

Sekitar Fiesta Akademik


Fiesta Akademik SMT Kuantan telah diadakan pada 22.3.2012. Fiesta ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada guru dan pelajar. Fiesta ini bermula pada jam 11.10 pagi berakhir pada jam 2.10 petang.

21 Mac, 2012

10000 Pelawat~

Pihak pengurusan Blog sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat yang telah meluangkan masa untuk melawat blog Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Pihak kami akan cuba untuk sentiasa memajukan blog ini dari semasa ke semasa.

Terima Kasih sekali lagi diucapkan~

Keputusan SPM 2011 Diumum





Ustaz Ghazali Ibrahim mewakili pentadbiran sekolah telah mengumumkan keputusan SPM 2011 di Dewan Ibnu Khaldun pada hari ini (21.3.2012) kira-kira jam 10.30 pagi. Pelajar terbaik SPM tahun 2011 ialah Aimi Syahirah Binti Abdul Wahid yang mendapat 10 A. Secara keseluruhan SMT Kuantan mencatatkan keputusan pelajar lulus 100 peratus.

12 Mac, 2012

Temu Bual Bersama Dato' Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin




Pada 7.3.2012. Sidang Redaksi Sekolah menemu bual seorang lagi bekas pelajar TI iaitu Dato' Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin. Beliau merupakan ADUN Lanchang merangkap salah seorang Exco Kanan Kerajaan Negeri Pahang. Beliau juga menjawat jawatan Timbalan Badan Perhubungan UMNO Pahang. Sepanjang temu bual, beliau merupakan seorang yang sangat mesra. Dalam temu bual tersebut, beliau telah menceritakan kehidupannya semasa menuntut di TI iaitu SMT Kuantan.

05 Mac, 2012

Gotong Royong Perdana

Pada bulan Februari lepas, iaitu pada tarikh 18 Februari 2012, satu gotong royong perdana telah dijalankan untuk membersih kawasan sekolah. Gotong Royong perdana kali ini telah dijayakan dengan bantuan pihak MPK untuk menebang beberapa pokok di kawasan sekolah. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program gotong royong ini.

Pada hari yang berikutnya, Gotong Royong Asrama telah dilangsungkan dan pada hari ini juga pihak MPK telah datang untuk memberikan bantuan kepada pihak sekolah.

Program ini berjalan dengan lancarnya dan sekarang kawasan perkarangan sekolah sudah banyak berbeza dan kelihatan lebih cerah dan ceria. Tanpa kerjasama semua pihak, program ini sudah pasti tidak akan berjaya. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.





04 Mac, 2012

Kem Kepimpinan Pelajar Berjawatan Khas







Pada 2hb Mac 2012 sehingga 4hb Mac 2012, telah diadakan kem Kepimpinan bagi pelajar pelajar yang berjawatan khas. Kem ini telah disertai oleh Pengawas Sekolah, Majlis Perwakilan Asrama dan Pembimbing Rakan Sebaya dan ia diajur oleh unit Kaunseling sekolah bersama-sama dengan unit Disiplin dan Warden Asrama SMT Kuantan. Kem selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kem Pandan, Panching telah diadakan dengan jayanya. Pihak sekolah berharap, kesemua peserja dapat menerima input yang diberikan pada kem tersebut untuk menjadi individu yang lebih cemerlang dan sekali gus menjadi pemimpin yang berjaya di masa akan datang kelak.