Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

19 Januari, 2012

SMT KUANTAN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN (COE)

Selaras dengan dasar kerajaan mengekalkan 10 buah SMT di Malaysia, SMT Kuantan telah dipilih dan diamanahkan oleh pihak BPTV sebagai COE bagi 2 mata pelajaran iaitu Prinsip Perakaunan (P.A) dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM). Oleh itu, demi memenuhi aspirasi kerajaan, SMT Kuantan giat berusaha dan bergerak ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang tahun 2013. Insyaallah dengan budaya kerja yang cemerlang, kerjasama erat seluruh warga sekolah telah berusaha ke arah penambahbaikan secara berterusan di setiap entiti organisasi agar matlamat yang disasarkan di hadapan akan dapat dicapai.

-CCK525-

1 ulasan: