Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

25 Ogos, 2011

Selamat Hari Raya...

Salam semua...
saya ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua rakan2 di SMT Ktn. semoga hari raya disambut dengan suasana yang bahagia dan selamat kembali...

22 Ogos, 2011

Program Motivasi Kaunseling

Satu program motivasi akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarkh : 23.8.2011
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang

Semua pelajar tingkatan 4,5,6 diwajibkan menyertai program ini. Bagi pelajar yang tidak hadir, anda akan diminta membayar balik duit yang telah digunakan sebanyak RM10.

21 Ogos, 2011

Jadual Waktu SPM 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia sudah mengeluarkan jadual waktu SPM bagi tahun 2011 pada laman web rasmi nya.

Klik Di Sini untuk Jadual Waktu SPM 2011

19 Ogos, 2011

Program Empat Dalam Satu







Pada 19.8.2011, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan tiga program serentak sempenan bulan Ramadan iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Zakat dan Ceramah Nuzul Al-Quran yang bertajuk Ramadan Terakhir yang disampaikan oleh Pakar Motivasi Ustaz Rujahan Ghazali. Ketiga-tiga program ini diadakan di Dewan Ibnu Khaldun. Semua program yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan para guru dan pelajar. Program Ceramah Motivasi merupakan antara program yang menyentuh jiwa dan dapat merangsang setiap warga dewan menguasai jiwa dengan tujuh kekuatan. Antara mutiara kata yang diselitkan dalam ceramah tersebut ialah:

1. Kalau tidak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat.
2. Jangan sedih jika diri tidak dihargai tetapi tangisilah diri bila diri tidak berharga lagi.
3. Hargai sesuatu bila dia ada, jangan hargai sesuatu apabila dia sudah tiada.
4. Hargai hidup maka berertilah mati.

Setiausaha Program iaitu Ustazah Nurul Huda berharap pengisian ceramah pada kali ini memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar.

Selain itu, Panitia Sejarah turut mengambil kesempatan untuk menayang video kemerdekaan pada awal program ini berlangsung. Diharapkan semua pihak mendapat pelbagai manfaat daripada program yang diadakan ini.

17 Ogos, 2011

Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran Ditunda

Program ceramah yang akan diadakan pada 17 Ogos 2011 (17 Ramadan 1432H) bersempena Nuzul Quran kepada pelajar asrama terpaksa ditunda pada Kuliah Subuh 18. Ogos 2011 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Butiran terbaru seperti berikut:

Masa : 5.50 am (Selepas solat Subuh)
Hari : Khamis
Tempat : Surau SM Teknik Kuantan
Penceramah : Ustaz Yusuf

Semua warga Teknik Kuantan dijemput hadir.

16 Ogos, 2011

Majlis Tadarus Al-Quran

Satu majlis tadarus al-Quran akan diadakan pada minggu ini. Butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 19.8.2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi

Maklumat tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.

15 Ogos, 2011

Bengkel JUJ Kimia - Tingkatan 5

Satu seminar kecemerlangan JUJ kimia akan diadakan pada minggu ini. Butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 17/8/2011
Masa : 8.30 - 12.00
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Peserta : Pelajar tingkatan 5
Fokus : Kertas 3 Kimia

Kursus Latihan SAPS

tarikh : 15/8/2011
masa : 1.30 petang
tempat : bilik gerakan

13 Ogos, 2011

Tutorial Fizik Tingkatan 5

Pada hari Jumaat, satu kelas Tutorial Fizik diadakan untuk pelajar Tingkatan 5 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun jam 3.00-4.30 ptg. Namun kehadiran pelajar kurang mendapat sambutan kerana ramai pelajar asrama balik pilihan ke kampung. Walau bagaimanapun, pelajar bukan asrama juga turut hadir menunjukkan mereka bersungguh-sungguh untuk belajar. Pelajar yang hadir telah memberi respons yang sangat memberansangkan. Banyak tips-tips telah disampaikan yang biasanya tidak diperoleh dalam kelas walaupun tidak melibatkan penceramah jemputan kerana biasanya dalam 'pnp' guru-guru perlu mengutamakan objektif penyampaian.

09 Ogos, 2011

Ujian 3 Untuk Pelajar Tingkatan 4




Bermula pada hari ini para pelajar tingkatan 4 SMT Kuantan mula menghadapi ujian yang ke 3 meliputi semua mata pelajaran yang diambil. Namun, ujian kali ini tidak mengikut masa ujian yang sebenar kerana tidak melibatkan kesemua bahagian soalan. Ujian 3 kali ini bermula pada 9.8.2011 akan tamat pada hari Khamis iaitu 11 Ogos 2011. Ujian pada kali ini diharapkan dapat menilai secara langsung pencapaian pelajar selepas tujuh bulan dalam semua mata pelajaran.

06 Ogos, 2011

Berbuka Puasa Pada Hari Pertama di Asrama Teknik Kuantan





Suasana yang cukup meriah dialami oleh para pelajar asrama Teknik Kuantan di saat waktu berbuka puasa pada hari pertama. Para pelajar mengambil juadah berbuka 40 minit lebih awal bagi mengelakkan beratur panjang. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan kelihatan wajah riang pelajar menghadapi bulan Ramadan dengan penuh kesabaran.

Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM






Panitia Bahasa Melayu SMTK telah mengadakan Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM pada 6 Ogos 2011 (bersamaan 6 Ramadan 1432) iaitu hari Sabtu. Seminar bermula pada 8.30 am hingga 12.00 pm bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Puan Kamariah dari SMK Paya Besar dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Secara keseluruhannya, kehadiran para pelajar tidak memuaskan kerana hanya melibatkan kelas pemulihan sahaja walaupun seminar ini dibuka untuk semua pelajar tingkatan 5. Diharapkan seminar ini dapat menambahkan pengetahuan dan keyakinan pelajar untuk berdepan dengan SPM tiga bulan akan datang.

03 Ogos, 2011

Majlis Ihya' Ramadhan Pra-Universiti 2011

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini guru guru tingkatan 6 akan menganjurkan Majlis Ihya' Ramadhan Pra Universiti seperti berikut :
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Kuantan
Tarikh : 4.8.2011
Masa : 8.00 Pagi

01 Ogos, 2011

Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan














































Pada 29 Julai 2011 lepas, Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 telah selamat diadakan dengan jayanya. Pada tahun ini, sambutan tersebut diadakan di Dewan Ibnu Khaldun pada pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Dato' Mohamad Zahari Al-Pubely D.K.U.N yang merupakan seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Dato' Mohamad Zahari sudi memeriahkan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan tahun ini walaupun beliau sibuk menguruskan perniagaan beliau di Labuan. Bersempena Hari Anugerah Cemerlang ini juga, Dato' Mohamad Zahari Al-Pubely telah merasmikan pelancaran blog rasmi SMT Kuantan.

Senarai Nama Pelajar yang Menerima Hadiah

Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum


Kategori Sukan

1. Muhammad Sabri bin Burhan ( Kapten Pasukan Bola Sepak - Kebangsaan )
2. Fatin Nuratikah Binti Mohd Dafzil ( Kapten Pasukan Softball - kebangsaan )

Kategori Kelab dan Persatuan
1. Nur Najiehah Binti Azmi ( Pasukan Debat BI - kebangsaan )
2. Farah Hannad Hidayah Binti Hishamuddin ( Pasukan Debat BI - kebangsaan )

Kategori Unit Beruniform
1. Muhammad Izzat Danial bin Azlan ( Perkhemahan Kadet Polis - kebangsaan )
2. Nur Zulaikha binti Zulkifli ( Perkhemahan Kadet Polis )

Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum 2011

1. Fatin Nuratikah Binti Mohd Fadzil 5A1

Anugerah Pencapaian Pelajar Terbaik Keseluruhan


T4 : Mohd Nur Firdauss Bin Mohamed (4M2) [ 2A+ 2A 1A- 2B+ 1B 1C+ 1C ]
T5 : Muhammad Asraf Bin Romainor (5B) [ 3A+ 3A 2A- 1B+ 1B ]
T6 : Norsuhaila Husyairah BT Abdullah@Awi (6A2) [ 1A 1B+ 1B 1C+ ]

Anugerah Pelajar Terbaik SPM dan STPM 2010

SPM 2010 : Nursahirah Binti Zakaria (10A)[4A+ 3A, 3A- ]
STPM 2010: Siti Zulaikha Binti Mohd Noor [1A 1B 2C - GNP: 2.83]

Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2010

1. Nur Sahirah Binti Zakaria
2. Muhammad Faisal Nizamuddin Bin Mustaffa Kamal
3. Mohammad Putra Izani Bin BAdul Razak
4. Mohd Rais Hakim Bin Ramlee
5. Nurul Syaqirah Binti Mohd Sufi
6. Abdul Salam Bin Azman
7. Nur Hanisah Binti Alwi
8. Muhammad Ikhwan Bin Sahalan