Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

31 Julai, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Kepada semua warga SMT Kuantan, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga ibadah kita tahun ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.

27 Julai, 2011

Laporan Kempen Menderma Darah






Pada 25 Julai 2011, kempen menderma darah anjuran pelajar pra-universiti telah dirasmikan oleh tuan pengetua dan berlangsung dengan jayanya. Program ini diuruskan oleh HTAA dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Menurut penolong pegawai perhubungan unit HTAA pada hari tersebut, hasil derma pada hari itu adalah cukup untuk 100 orang dan merupakan hasil jumlah terbanyak di kawasan Kuantan. Ribuan terima kasih ditujukan kepada semua penderma pada hari tersebut dan semoga sedekah kita mampu menolong mereka yang memerlukan.

22 Julai, 2011

Seminar Fizik Tingkatan 5

Seminar Fizik Tingkatan 5 akan diadakan pada petang ini di Dewan Ibnu Khaldun. Seminar disampaikan oleh Cikgu Akma dari Kuantan. Semoga pelajar pelajar dapat memberi tumpuan dan mengambil 'input' daripada seminar ini.

Karnival Antibuli dan Antidadah


Pasukan Dikir Barat, Penyajak, dan Pelukis Poster SMT Kuantan akan berkunjung ke SMV Chenor pada 23/07/2011 untuk menyertai karnival antibuli dan antidadah zon Pahang 2011. Pasukan Dikir Barat khususnya telah membuat persediaan dua bulan yang lalu. . Pasukan ini dilatih oleh Saudara Asrul dan rakan-rakan dari kelab dikir Merkang. Lagu Juara dan Tukang Karut pula disedia khas oleh Pak P. Pasukan ini berharap dapat menempa nama disana nanti. Sama-sama kita doakan. Selamat berjaya!!!

20 Julai, 2011

Lawatan ke Muzium Sungai Lembing

Pada 27 Julai 2011 seramai 35 pelajar yang terdiri daripada PRS, Kelab Setia dan Pra-Universiti akan mengadakan lawatan ke Muzium Sungai Lembing pada jam 2 petang.

18 Julai, 2011

Program Derma Darah

Program Derma Darah anjuran Pelajar Tingkatan 6 dengan bantuan Unit Tabung Darah HTAA Kuantan.

Program : Khidmat Masyarakat Pra-U, Derma Darah
Tarikh : 25/7/2011
Masa : 8.30 - 11.30
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Nota : Penderma darah mestilah berumur 17 tahun ke atas sahaja
Mesti mempunyai berat badan 45kg ke atas
Mesti tidur secukupnya pada malam sebelum menderma.

15 Julai, 2011

Ceramah teknik menjawab Sejarah

Ceramah teknik menjawab kertas Sejarah telah diadakan hari ini di dewan ibnu khaldun untuk pelajar tingkatan 5. Ceramah yang telah berlangsung selama 2 jam setengah ini disampaikan oleh Pn Rashidah dari SEMSAS. Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Rashidah atas kesudian untuk menjayakan majlis pada hari ini.

13 Julai, 2011

Facebook Group SMTKN

Laman Facebook Teknik Kuantan oleh Tiosa

Facebook group yang telah ditubuhkan oleh bekas pelajar SMT Kuantan. Tahniah atas usaha anda untuk mengumpul semua ahli SMT Kuantan, semoga hubungan kita semua tidak akan putus.

Temu Duga Pengawas sesi 2012

Satu sesi temuduga untuk pemilihan Pengawas sesi 2012 akan berlangsung pada petang ini. Seramai hampir 90 calon telah menawarkan diri untuk menjadi pengawas pada tahun ini. Panel penemuduga kali ini adalah terdiri daripada guru-guru disiplin dan juga warden asrama.

Pelancaran Twitter Sekolah Menengah Teknik Kuantan

Kepada pengguna twitter bolehlah mengikuti SMKT di twitter dengan ID esmtkn1. ID twitter ini akan di link dengan blog rasmi kita supaya senang diikuti perkembangannya

E-Smtkn1

Sesi Penggambaran Guru 2011

Tarikh        : 13/7/2011
Masa         : 9.00 pagi
Pakaian      : Kemeja dan bertali leher (guru lelaki)
                    Baju kurung (guru perempuan)

12 Julai, 2011

Lawatan Pengawas & Kelab Pengguna + Kelab Pencegah Jenayah

Lawatan Pengawas akan diadakan pada hujung minggu ini ke Kuala Lumpur untuk melawat bandar I-City.

Kelab Pengguna dan Kelab Pencegah Jenayah pula akan mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini 16hb untuk melawat UPM, I-City dan KLCC

Bersehubungan dengan ini, hujung minggu ini pelajar asrama diwajibkan balik kerana ketiadaan pengawas dan warden asrama di perkarangan sekolah.

Ceramah Pergigian Untuk Pelajar SMT Kuantan

Tarikh : 13hb Julai 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Anjuran : Klinik Pergigian Daerah Kuantan

Larian 1 Malaysia



Pada 2 Julai lepas satu acara Larian 1 Malaysia sempena modul 1 Murid 1 Sukan telah berlangsung di semua sekolah di Malaysia dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan tidak terlepas untuk menyertai acara ini. Dibandingkan dengan kejohanan merentas desa pada sebelum ini, jarak larian adalah sedikit kurang akan tetapi semua pelajar menyertai acara ini dengan bersemangat. Setelah selesai larian tersebut, acara diteruskan dengan aktiviti senamrobik di padang dan kemudiannya di sambung dengan acara Kejohanan Sukan Dalaman Asrama dan sukaneka sekolah.

Hari Koperasi Sekolah




Pada 29 Jun 2011, sambutan Hari Koperasi telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Koperasi tahun ini adalah diterajui oleh ahli jawatankuasa yang baru dan berjaya memastikan kejayaan sambutan Hari Koperasi 2011 dengan jayanya. Secara kebetulan, pada hari ini juga merupakan hari untuk merasmikan bangunan Koperasi SMTK yang baru. Acara pada hari itu dimulakan dengan upacara perasmian di Dewan Ibnu Khaldun dan kemudiannya perasmian Koperasi sekolah yang baru. Seterusnya sambutan hari ini disambung dengan jualan daripada wakil wakil kelab dan kelas dan juga pertandingan Petangue kategori pelajar dan juga guru. Sambutan tahun ini berjaya disambut dengan meriah dan lancar.

KAT Kebangsaan 2011 - Pahang 7-12 Jun






Pada 7-12 Jun, Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kuantan telah menerima kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bersama dengan Sekolah Menengah Vokasional Kuantan bagi Kejohanan Antara Teknik peringkat Kebangsaan tahun 2011. Sedikit kelainan bagi tahun ini, KAT telah dilangsungkan secara berpusat, kesemua acara adalah dijalankan secara berdekatan diantara satu sama lain. Sekolah kita telah menghantar 4 kontigen untuk mewakili Pahang di peringkat kebangsaan dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah sekolah kita untuk menghantar 4 kontigen. Adalah merupakan satu kebanggaan bagi pihak sekolah kali ini untuk berjuang untuk mengharumkan nama Pahang namun malang tidak berbau, hanya pasukan Bola Sepak dan Soft Ball sahaja yang mampu membawa pulang pingat. Akan tetapi, usaha pasukan debat dan ragbi tidak aku dilupai.

11 Julai, 2011

KAT Peringkat Negeri 2011 - Softball


KAT Peringkat Negeri 2011






Pertandingan KAT peringkat negeri Pahang telah berlangsung pada 8-10 April untuk Reka Cipta dan Bola Sepak, 15-17 April untuk Ragbi dan juga Debat Bahasa Inggeris, manakala pada 22-24 berlangsungnya pertandingan KAT untuk Sepak Takraw dan Softball. Pertandingan Reka Cipta dan Bola Sepak dianjurkan di Sekolah Menengah Teknik Kuantan, walaupun kita tumpas dalam Reka Cipta tetapi kita menjuarai Bola Sepak. 1 minggu selepas pertandingan tersebut, pasukan ragbi dan debat juga telah menjuarai kategori masing-masing di Sekolah Menengah Vokasional Temerloh dan Puteri. Minggu seterusnya kita menyaksikan pasukan softball SMT Kuantan menjuarai KAT negeri di Lipis akan tetapi malangnya pasukan Takraw tidak mampu menyertai 4 pasukan sekolah kita yang lain untuk bersama berjuang di KAT kebangsaan kelak.

Mesyuarat Agong PIBG 11 March 2011



Pada 11 Mac 2011, telah berlangsungnya Mesyuarat Agong PIBG di SMT Kuantan. Mesyuarat pada tahun ini dimulakan dengan tayangan multi media berkaitan dengan Sekolah Menengah Teknik Kuantan dan kemudiannya diteruskan dengan agenda utama, iaitu Mesyuarat Agong untuk melantik AJK baru bagi sesi 2011-2012. Sambutan yang diberikan oleh pihak ibu bapa adalah amat menggalakkan dan mesyuarat pada hari tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Keputusan SPM 2010 23 Mac 2010



Upacara penyerahan keputusan SPM 2010 telah berlangsung pada 23 Mac lalu. Pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun lalu telah datang ke sekolah untuk menerima keputusan peperiksaan masing-masing pada hari tersebut. Upacara tersebut diselubungi oleh rasa cemas kerana semua pelajar tertanya tanya tentang keputusan masing-masing.

Kejohanan Sukan 2011 19 Feb



Kejohanan Sukan peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Februari 2011 tahun ini. Kejohanan ini dimulakan dengan perarakan setiap kumpulan dengan maskot masing-masing. Setiap kumpulan telah mempersembahkan gimik masing-masing yang menarik kepada Tuan Pengetua dan VIP yang telah hadir pada hari tersebut. Pada hari ini juga, semua persatuan unit beruniform telah diadili untuk mencari pemenang untuk pertandingan kawad kaki diantara semua unit. Pertandingan kawad kaki telah dimenangi oleh Kadet Polis. Pertandingan sukan pula telah berlangsung dengan jayanya dan semua acara telah tamat dengan selamat. Persatuan PBSM telah bertugas sepanjang hari untuk menjaga keselamatan semua peserta.

Maulidur Rasul 15 Februari



Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Februari 2011. Sambutan pada hari itu dimulakan dengan perarakan di sekitar kawasan sekolah dan kemudiannya semua pelajar dan guru bergerak ke dewan Ibnu Khaldun untuk mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul. Pelajar membawa sepanduk yang direka mereka.

Perkemahan Bersepadu 25-27 Mac




Perkemahan Bersepadu Kokurikulum telah diadakan pada 25-27 Mac di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Perkhemahan ini disertai oleh semua persatuan unit beruniform yang terdapat di SMT Kuantan. Seramai 150 pelajar dan 60 guru telah terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Program ini telah dijayakan dengan bantuan Sarjan Megat Osman bin Megat Puteh dari PGA Kuantan. Program selama 3 hari 2 malam ini merangkumi pelbagai LDK, pertandingan memasak dan pelbagai aktiviti lasak yang lain. Semua pelajar pulang dengan selamat ke asrama dan rumah masing-masing pada hari Ahad tersebut.

Kejohanan Merentas Desa




Kejohanan merentas desa telah diadakan pada tarikh.... Pada hari ini semua pelajar tingkatan 4,5 dan 6 telah menyertai kejohanan ini dan berjaya dijayakan dengan cemerlang. Syukur kepada Allah kerana tiada pelajar yang cedera atau mengalami sebarang komplikasi dalam sepanjang berlangsungnya acara ini.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4





Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 telah diadakan pada tarikh .... Pada tahun ini pengambilan tingkatan 4 adalah berdasarkan markah percubaan PMR and para pelajar telah memohon untuk masuk ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Pengambilan pertama pelajar tingkatan 4 adalah untuk memenuhi kuota 300 pelajar tingkatan 4 akan tetapi kerana tidak mampu memenuhi kuota tersebut terdapat pengambilan tingkatan 4 kali ke-2 dan ke-3 sehingga mencapai bilangan yang ada sekarang